KODE Dfp 1 Lelaki Tak Hadir Perbicaraan Selepas Langgar 4 Beranak, Rupa-rupanya Kini Hidup Mewah di Korea | ViralinAja
200x200
responsive

Lelaki Tak Hadir Perbicaraan Selepas Langgar 4 Beranak, Rupa-rupanya Kini Hidup Mewah di Korea

KODE 200x200
KODE 336x320 atau in artikel

Kalau anda langgar seseorang dan ahli keluarganya meninggal dunia akibat daripada kejadian itu, pasti anda rasa bersalah kan? Pasti anda akan cuba sedaya upaya menebus kesalahan tersebut kecualilah anda seperti lelaki ini…

Pada 23 Januari 2015, empat orang wanita yang mempunyai hubungan kekeluargaan telah maut dalam sebuah kemalangan tragik yang berlaku di Jalan Serkam Pantai-Pulai, Melaka.

Mangsa yang terlibat ialah Saimah Wahab, 77, Ida Dollah, 46, dan dua anak perempuan Ida, Siti Rohana Abd Ghaffar, 23, dan Siti Rohani, 18, yang meninggal dunia di tempat kejadian apabila mereka telah dilanggar oleh sebuah Proton Perdana yang hilang kawalan.

Selepas dilanggar Perdana tersebut, kereta mangsa telah bertembung pula dengan sebuah Proton Prevé dari arah belakang yang menyebabkan dua orang mangsa tercampak keluar dari kenderaan. Aduhai…

Walau bagaimanapun, pihak mahkamah telah melepaskan pemandu Perdana sehingga kes tersebut dirayu semula di Mahkamah Sesyen.Menurut suami arwah Ida, Abdul Ghaffar yang juga ahli keluarga tunggal yang masih hidup, dia mahu mengambil tindakan undang-undang dan ingin membawa keadilan atas kematian orang yang tersayang.

Di saat kes ini menemui jalan buntu, pihak polis akhirnya berjaya mengesan mangsa menggunakan media sosial dan menjumpai gambar-gambar suspek yang kini hidup mewah di Seoul, Korea. Kesemua gambar ini telah dimuat naik di laman Instagram dan Facebook peribadinya!

Lebih mengejutkan, polis juga telah menjumpai foto suspek sedang menikmati makanan di restoran yang mahal serta bergambar dengan kereta mewah, malah suspek juga difahamkan telah tinggal di Seoul semenjak Februari 2017 lalu. Fuh gilalah!

Susulan penemuan itu, polis kini sedang mencari jalan untuk membawa suspek pulang ke Malaysia semula. Manakala Abdul Ghaffar pula sangat bersyukur apabila mendapat tahu tentang perkembangan terbaru kes ini.

Sumber : http://lobakmerah.com/lelaki-tak-hadir-perbicaraan-selepas-langgar-4-beranak-rupa-rupanya-kini-hidup-mewah-di-korea/
Kode 300 x 250
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==
Kode DFP2
Kode DFP2